Diantara Hidup dan Mati

  • 0

Diantara Hidup dan Mati

Category : Info , Renungan , Sharing Islami

Assalamu’alaikum wbkt

Diantara Hidup dan Mati

Sebelum kematian Alexander The Great, Dia telah mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama …
Keranda mayatnya di usung oleh doktor2 pakar terhebat.

Kedua …
Semua hartanya (duit, emas, batu permata) di tebarkan di sepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya …
Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Di tanyakan kenapa oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

“ Aku mahu doktor2 terbaik mengusung keranda aku krn aku mahu mengingatkan manusia bhw di saat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

Aku mahu jalan menuju ke kuburku di penuhi dgn harta kekayaan aku supaya semua org akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh di bawa mati.
Ia tetap akan terus berada di dunia.

Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yg kita datang ke dunia dgn tangan kosong dan akan pergi juga dgn tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu “MASA”.

Kesimpulannya di sini …
tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari kematian..

Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yg kamu telah wakafkan kpd masyarakat dan keluarga kamu…

Mudah-mudahan bermanfaat…

Wassalamu’alaikum wbkt

Diantara Hidup dan Mati
Sourch: grup WA


Leave a Reply

Archives

Categories